Assalamualaikum,
malam ni rasa macam nak update post. jadi, malam ni saya nak kongsi sikit ilmu tentang ilmu. malam ni kena tidur awal sikit sebab esok nak jalan jauh. tapi malam masih muda. masih ada lagi masa untuk saya kongsikan ilmu ni.
okay, straight to the point. korang pernah dengar or pernah belajar tak tentang hadis rasulullah tentang ilmu ? rasanya hadis ni ramai orang dah tahu. tapi tak pe la kalau korang dah tahu. saya cuma ingatkan saja tentang hadis ni sebab manusia ni kena saling ingat mengingati. kalau tak kita akan lupa.
okay, korang baca
hadis kat bawah
ni.
عَنْ أَبِى بَكْرٍٍ رَضِىَ الله عَنْهُ عَنِ النَّبِى صلى الله عليه وسلم قَالَ : أُغْدُ عَالِمَا أَوْ مُتَعَلِّمَا أَوْ مُسْتَمِعَا أَؤْ مُحِبَّا وَلاَ تَكُنِ الخَامِسَةِ فَتَهْلِكْ
Ertinya : Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang kelima, anda akan binasa.
jadi, dalam hadis ni rasulullah menuntut umat islam supaya menuntut ilmu.
tu tuntutan hadis yang paling utama. pertama, kita mestilah menjadi guru iaitu mengajarkan ilmu kepada orang lain. tak kisahlah ilmu apa-apa pun.
yang penting ilmu dan membawa kepada kebaikan. kedua, jika kita tak mengajarkan ilmu kepada orang lain, kita mestilah menjadi pelajar iaitu menuntut ilmu. menuntut ilmu ni tak de guru pun kita boleh tuntut ilmu iaitu dengan membaca buku-buku ilmiah. ketiga, jika kita tidak mengajarkan ilmu kepada orang dan tidak menjadi pelajar, kita juga boleh menjadi pendengar akan ilmu. contohnya, kita pergi ke kuliah ilmu atau ceramah di masjid-masjid dan surau-surau.
ataupun kita boleh
mendengar ilmu melalui radio
atau melalui internet. jadi terdapat banyak cara untuk kita menuntut ilmu. keempat, jika kita tidak mengajar dan menuntut ilmu, kita hendaklah menjadi seorang yang cinta akan ilmu. janganlah kita menjadi seorang yang benci akan ilmu iaitu orang kelima. orang kelima ni bermaksud kita tidak menjadi seorang guru atau pelajar atau pendengar atau pencinta akan ilmu. jadi, rasulullah dah pesan kepada kita supaya jangan jadi orang kelima kerana nanti kita akan binasa.
sebenarnya ilmu ni ada yang berguna dan ada juga ilmu yang tak berguna.
ciri-ciri ilmu yang
berguna ialah :
· Ilmu yang meningkatkan iman
· Ilmu yang membawa kepada pengabdian diri kepada Allah
· Ilmu yang boleh mempertingkatkan martabat umat Islam
· Ilmu yang tidak membawa kepada kesesatan
· Ilmu yang membangunkan masyarakat
· Ilmu yang membawa kejayaan di dunia dan di akhirat
· Ilmu yang membentuk akhlak dan sifat terpuji
jika kita tidak berilmu, akan ada akibat yang menanti kita.
antaranya ialah
:
· Hidup akan binasa
· Akan sesat dalam kehidupan
· Ketinggalan dalam aspek kehidupan di dunia
· Rugi di akhirat
· Menjadi mundur
· Mudah ditipu orang
· Tidak dapat membezakan di antara yang benar dan yang salah
rasanya itu sajalah untuk post
kali ni. semoga dapat manfaat daripada hadis ini dan semoga kita dapat menjadi yang lebih baik. saya bukan pesan kepada korang sahaja, tapi saya juga berpesan kepada diri saya sendiri. ingatlah bahawa ilmu tu sangat penting dalam kehidupan kita.
itu sahaja.
Wallahu a’lam .
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment