Cuti

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog. Setahun dah I guess. Tahun lepas memang susah la nak update sebab busy nak SPM. So, sekarang ni tengah berseronok bercuti tunggu result keluar bulan 3 nanti. Sekarang ni pon dah bulan 2 jadi sebulan je lagi. Cuak pulak rasa. Apa pon result nanti kena redha dengan ketentuan Allah. Bersyukur apa yang Allah beri kat kita. Kalau tak cemerlang mungkin ada hikmahnya. Bak kata pepatah "Every Cloud Has a Silver Lining".

Dalam keseronakkan bercuti ni pon, sebenarnya bosan jugak duduk rumah je. Nak keje tapi tak tahu nak keje apa. Hari-hari dok makan, tidur, update twitter. Tu je la. pastu main game. tu la aktiviti harian. Tak tahu nak wat apa dah. Jadi, malam ni baru teringat nak bukak blog.. Malam ni pon tak banyak nak kongsikan apa-apa. Cuma nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat daripada ustaz saya. Dia share kat group wassap.Saya sebenarnya tak reti nak tulis post yang panjang sangat. So nya, saya rasa post saya lepas ni pasal tazkirah or perkara-perkara yang berguna yang dapat memberi manfaat bersama. Inshaa Allah. Semoga Allah redha. :)

..........................................................................................................................

Daripada Sulaim bin Amir berkata : Aku mendengar Abu Umamah رضي الله عنه berkata : "Aku telah mendengar khutbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika haji wada', Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: "Bertakwalah kepada Allah Rabb kamu, kerjakanlah solat (fardhu) lima waktu, berpuasalah di bulan ramadhan, tunaikanlah zakat harta kamu dan taatilah pemimpin kamu nescaya kamu masuk syurga Rabb kamu". Dia (Sulaim bin Amir) berkata: "Aku bertanya kepada Abu Umamah, sejak bila kamu mendengar dari Rasulullah? Dia menjawab, saya mendengarnya ketika berumur tiga puluh tahun." (alTirmidzi : 616, Ahmad : 21656, 21754 - maksud hadis dr lafaz sunan alTirmidzi).

..........................................................................................................................

That all. Hope dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sesiapa yang sudi, bolehla follow saya di ig @daniielhakim dan twitter @daniielhakim. Kalau dah follow tu, kalau nak saya follow balik boleh pm. Dan siapa nak join channel 'Hidupku dakwahku' kat telegram boleh pm kat saya. Kat channel tu macam-macam perkongsian yang dapat memberi manfaat yang membawa kita ke arah kebaikan. Inshaa Allah.

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment